Doa Pengantin
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya hati mempelai ini bersatu dengan Kasih sayangMu,
Bertemu di atas Ketaatan Kepadamu,
Bersatu di jalan dakwah dan berjanji meneggakkan Agama Mu...
Berkatilah Majlis Perkahwinan mempelai,
Jadikanlah rumahtangga mereka sentiasa aman dan bahagia,
Kurniakanlah Kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
Maha Suci Engkau,Perteguhkanlah tali ikatan antara mereka,
Limpahkanlah Kasih sayang di dalam hati mereka,
Berikanlah Ketenangan Kepada mereka di dunia dan di akhirat,
Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini..
Amin..Amin Ya Rabbal Alamin...