Jumaat, 7 Ogos 2009




Ada keterangan dari Rasulullah SAW,bahawa baginda pernah bersabda yang bermaksud:''Ada empat orang dari golongan wanita yang akan masuk syurga,juga ada empat dari golongan wanita yang akan masuk neraka.Adapun empat wanita yang akan masuk syurga adalah sebagai berikut:


1.Wanita yang menjaga dirinya dari barang haram,kerana taat kepada Allah dan suaminya.
2.Wanita yang banyak melahirkan anak,yang sabar,menerima dengan pemberian sedikit dari suaminya.
3.Wanita yang mempunyai rasa malu,di kala suaminya tidak ada di sisinya ia boleh menjaga dirinya dan harta suaminya.Dan ketika suami berada di sisinya ia menahan lisannya.(maksudnya tidak banyak membantah dan menyakiti hati suaminya).
4.Wanita yang di tinggal mati oleh suaminya dan ia masih mempunyai ramai anak,maka ia menahan diri tidak menikah demi kebaikkan pendidikkan putera-puterinya agar tidak tersia-sia.

Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya:
Adapun empat wanita yang masuk neraka adalah sebagai berikut:

1.Wanita yang kotor ucapan lisannya kepada suaminya.
2.Wanita yang suaminya ketika tidak ada di sisinya ia tidak boleh menjaga dirinya.Dan jika suaminya ada di sisinya ia sentiasa menyakiti hatinya dengan lisannya.
3.Wanita yang memberi beban suaminya di luar batas kemampuannya.
4.Wanita yang tidak menutupi dirinya dari pandangan lelaki lain,dan (senang) keluar dari rumah untuk menampakkan perhiasannya dan kecantikkannya (kepada lelaki lain)

Bertutur kata yang baik dan bersikap lemah-lembut terhadap suami merupakan cermin dari akhlak yang mulia,di samping itu sebagai nilai ibadah tersendiri bagi si isteri.


MENJAGA RAHSIA UNTUK KEBAIKKAN

Dalam perjalanan mengharungi hidup berumahtangga,tentu terjadi hal-hal yang negatif antara suami isteri.Muncul ketidakpuasan,celaan,umpatan,dan perilaku buruk lain yang tidak terkendali.Semua itu adalah rahsia yang tidak selayaknya didengar dan di ketahui oleh sesiapapun,kecuali suami isteri.Seharusnya diselesaikan dengan fikiran jernih dan sikap bijak,serta rahsia tersebutbenar-benar di jaga.Apabila pasangan suami isteri gagal menyelesaikan masalahnya,maka tidak dilarang meminta orang lain ikut menyelesaikannya dengan sedikit menceritakan rahsia, terbatas hal-hal yang mungkin.Atau menyampaikannya kepada seseorang yang dapat dipercayai serta memahami masalah dan dapat menjaga rahsia untuk ikutserta menyelesaikannya.Selain kepada orang yang dapat memegang rahsia,sama sekali tidak dibenarkan meminta penyelesaian.Sebab hal itu hanya akan membuat parahnya luka hati dan mengoyak tirai rumahtangga.

Islam tidak membenarkan seseorang bertanya kepada orang lain hingga mengapa dia memukul isterinya,atau rahsia rumahtangga yang lain.Umar memberikan keterangan,bahawa Rasulullah telah bersabda:
''Janganlah seseorang menanyakan tentang kenapa hingga orang lain memukul isterinya.''(HR>Abu Daud dan Ibnu Majah dari Umar)

Disisi lain Rasulullah juga telah mengingatkan;
''Barangsiapa menjaga rahsia orang lain di dunia ini,maka Allah akan menutupi rahsia dirinya pada hari kiamat nanti.''(HR.Muslim)


Islamic Calendar

selamat datang ke blog saya

Terima Kasih Dan Selamat Datang ke Laman Web Pentaspersandingan.blogspot.com.Jika sekiranya awda berminat .... hubungi atau msg di +6738651529 (hjh Suraya).Banyak lagi pakaian pengantin,pelaminan, aksesoris pakaian Brunei, make-up pengantin d kedai kami di daerah belait....harga penyewaan cukup terendah untuk anda .... Butik mempelai kami, berada di daerah Belait..Negara Brunei Darussalam.

Terima Kasih


06/05/2009

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign