Selasa, 4 Ogos 2009




BERHIASNYA WANITA BAGI SELAIN SUAMINYA.

MAKSUD hadith:

''Nabi SAW melarang wanita berhias untuk selain suaminya''

Jika ia lakukan itu,maka Allah akan membakarnya dengan api.Berhias untuk selain suami bererti tabarruj dan mempertontonkan diri kepada lelaki lain.Allah SWT befirman yang bermaksud :

''Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan''.

Ia adalah suara gelang kaki.Apabila ia lakukan itu dan berhias untuk selain suaminya,maka hal ini menimbulkan kerosakkan besar di dalam hatinya dan merupakan pengkhianatan terhadap suami.

Jika wanita itu tidak bersuami,maka fitnahnya akan menimbulkan kerosakkan yang lebih besar dari itu.Seorang lelaki berkata:Ya Rasulullah,isteriku seorang wanita yang cantik,tetapi ia tidak mencegah tangan lain yang menyentuhnya? Nabi SAW menjawab: Ceraikan dia.
Orang itu berkata:Aku tidak tahan jika aku lakukan hal itu.Aku mencintainya.Nabi SAW bersabda :''Tahahnlah dia jika engkau suka dan pergaulilah dia.''

Kejadian itu di ceritakan kepada kami oleh Abdul Jabbar ibnul 'Alaa' di ceritakan kepada kami oleh Sufyan,dari Harun bin Ziyad dari Abdullah bin Ubaid bin Umair,dari Rasulullah SAW.

Diceritakan pula kepada kami oleh Abdul Karim,dari Ali bin Abdullah,diceritakan kepada kami oleh Ja'afar bin Hibban,dari Mu'awiyah bin Quran ,dari Rasulullah SAW.







BATAS AURAT DALAM ISLAM


Allah subahanahu wa ta 'ala berfirman dalam surah al-A'raaf ayat 26,maksudnya:

''Hai anak Adam,sesungguhnya telah kami turunkan kepada kamu pakaian menutup aurat dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah.Mudah-mudahan mereka selalu ingat''.

AURAT LELAKI:

Bahagian badan antara pusat dengan lutut.
Diriwayatkan oleh al-Imam at-Tarmizi,Abi Zinad berkata:

''Telah mengkhabarkan kepadaku Ibnu Jarhad dari bapanya,bahawa dia lalu dalam keadaan terbuka pahanya,maka Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:Tutuplah paha mu,sesungguhnya paha itu adalah aurat''.

AURAT PEREMPUAN:


Semua anggota tubuh badannya dari kepala hingga ke kaki melainkan muka dan kedua tapak tangan hingga pergelangan.

Diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud,Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

''Perempuan apabila cukup umur,maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya)melainkan mukanya dan dua tangannya sampai pergelangan''.




ISTERI YANG KELUAR RUMAH TANPA IZIN


MAKSUD hadith:
''Nabi SAW melarang wanita keluar dari rumah suaminya,kecuali dengan izinnya.Jika ia keluar tanpa izinnya,ia pun akan dilaknat oleh para malaikat di langit dan malaikat pembawa rahmat serta malaikat penurun seksa hingga ia pulang''.
(HR.Al-Bazzar)
Wanita di ciptakan sebagai penenang lelaki.Allah SWT berfirman yang bermaksud:
''Dia menciptakan isterinya agar ia merasa senang kepadanya.''
(Al-A'Raaf:89)

Dan Allah SWT berfirman yang bermaksud:
''Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu condong dan merasa tenteram kepadanya.''
(Ar-Ruum:21)

Wanita di kahwinkan untuk memelihara diri dan menimbulkan ketenangan.Nafsu bergoncang kerana syahwat bergejolak sehingga menjerumuskan pemiliknya dalam kebinasaan dan kotoran.Wanita di jadikan untuk meredhakan kegoncangan ini dan memelihara diri dari noda.Apabila pernikahan berlangsung dan mahar di tentukan maka wanita berada dalam kekuasaannya dan wajiblah suami membayar maharnya dan wajib memberinya nafkah.Isteri harus siap melayani keperluan suami sedangkan ia tidak tahu bila timbulnya keperluan itu dan bila syahwatnya bergejolak sehingga suami memerlukannya.Apabila suami tidak menemukannya di kala timbul hajatnya dikhuatirkan syaitan mendapat jalan untuk membinasakannya sehingga terjerumus dalam perbuatan zina.

Maka wanita ini menderhaka dan mendapat laknat di alam malakut.Boleh jadi ia keluar dan menampakkan dirinya kepada orang-orang lelaki sehingga suaminya cemburu.Maka ia menderita akibat kecemburuan itu.Dalam kederhakaan itu si isteri di tonton oleh ramai lelaki padahal ia dalam kekuasaan suaminya dan menjadi miliknya.Ia memberinya nafkah dan membayar maharnya dan mewajibkan hal itu bagi dirinya.

Apabila ia keluar dengan izin suami gugurlah beban ini dan ia tidak memikul tanggung jawab terhadap suami di waktu ia tidak ada ketika di perlukan.

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa baginda keluar pada suatu hari lalu pulang seperti orang yang terburu-buru.Hal itu nampak pada wajahnya.Di dalam rumah ada wanita-wanita maka mereka keluar.Kemudian baginda menggauli isterinya.Kemudian baginda keluar sementara air menitis dari kepalanya.

Baginda bersabda yang bermaksud:
'' Sesungguhnya telah bangkit syahwat kepada wanita di dalam diriku.Maka aku pergi untuk memenuhi dan kembali kepada kalian.Apabila terjadi hal itu maka lakukanlahh demikian kerana ia termasuk perbuatanmu yang terbaik.''
(HR.Ahmad dan Thabrani)

Nabi SAW bersabda dalam hadith lain yang bermaksud:
''Apabila salah seorang dari kamu melihat seorang wanita,lalu timbul keinginan di dalam hatinya,hendaklah ia datang kepada isterinya dan menggaulinya,kerana hal itu menolak angan-angan di dalam hatinya''.

Itulah sebabnya Nabi SAW berperang dengan membawa salah seorang isterinya supaya dapat memenuhi hajatnya.


Islamic Calendar

selamat datang ke blog saya

Terima Kasih Dan Selamat Datang ke Laman Web Pentaspersandingan.blogspot.com.Jika sekiranya awda berminat .... hubungi atau msg di +6738651529 (hjh Suraya).Banyak lagi pakaian pengantin,pelaminan, aksesoris pakaian Brunei, make-up pengantin d kedai kami di daerah belait....harga penyewaan cukup terendah untuk anda .... Butik mempelai kami, berada di daerah Belait..Negara Brunei Darussalam.

Terima Kasih


06/05/2009

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign