ISTERI YANG KELUAR RUMAH TANPA IZIN
MAKSUD hadith:
''Nabi SAW melarang wanita keluar dari rumah suaminya,kecuali dengan izinnya.Jika ia keluar tanpa izinnya,ia pun akan dilaknat oleh para malaikat di langit dan malaikat pembawa rahmat serta malaikat penurun seksa hingga ia pulang''.
(HR.Al-Bazzar)
Wanita di ciptakan sebagai penenang lelaki.Allah SWT berfirman yang bermaksud:(HR.Al-Bazzar)
''Dia menciptakan isterinya agar ia merasa senang kepadanya.''
(Al-A'Raaf:89)
Dan Allah SWT berfirman yang bermaksud:
''Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu condong dan merasa tenteram kepadanya.''
(Ar-Ruum:21)
Wanita di kahwinkan untuk memelihara diri dan menimbulkan ketenangan.Nafsu bergoncang kerana syahwat bergejolak sehingga menjerumuskan pemiliknya dalam kebinasaan dan kotoran.Wanita di jadikan untuk meredhakan kegoncangan ini dan memelihara diri dari noda.Apabila pernikahan berlangsung dan mahar di tentukan maka wanita berada dalam kekuasaannya dan wajiblah suami membayar maharnya dan wajib memberinya nafkah.Isteri harus siap melayani keperluan suami sedangkan ia tidak tahu bila timbulnya keperluan itu dan bila syahwatnya bergejolak sehingga suami memerlukannya.Apabila suami tidak menemukannya di kala timbul hajatnya dikhuatirkan syaitan mendapat jalan untuk membinasakannya sehingga terjerumus dalam perbuatan zina.
Maka wanita ini menderhaka dan mendapat laknat di alam malakut.Boleh jadi ia keluar dan menampakkan dirinya kepada orang-orang lelaki sehingga suaminya cemburu.Maka ia menderita akibat kecemburuan itu.Dalam kederhakaan itu si isteri di tonton oleh ramai lelaki padahal ia dalam kekuasaan suaminya dan menjadi miliknya.Ia memberinya nafkah dan membayar maharnya dan mewajibkan hal itu bagi dirinya.Apabila ia keluar dengan izin suami gugurlah beban ini dan ia tidak memikul tanggung jawab terhadap suami di waktu ia tidak ada ketika di perlukan.
Diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa baginda keluar pada suatu hari lalu pulang seperti orang yang terburu-buru.Hal itu nampak pada wajahnya.Di dalam rumah ada wanita-wanita maka mereka keluar.Kemudian baginda menggauli isterinya.Kemudian baginda keluar sementara air menitis dari kepalanya.
Baginda bersabda yang bermaksud:
'' Sesungguhnya telah bangkit syahwat kepada wanita di dalam diriku.Maka aku pergi untuk memenuhi dan kembali kepada kalian.Apabila terjadi hal itu maka lakukanlahh demikian kerana ia termasuk perbuatanmu yang terbaik.''
(HR.Ahmad dan Thabrani)
(HR.Ahmad dan Thabrani)
Nabi SAW bersabda dalam hadith lain yang bermaksud:
''Apabila salah seorang dari kamu melihat seorang wanita,lalu timbul keinginan di dalam hatinya,hendaklah ia datang kepada isterinya dan menggaulinya,kerana hal itu menolak angan-angan di dalam hatinya''.
Itulah sebabnya Nabi SAW berperang dengan membawa salah seorang isterinya supaya dapat memenuhi hajatnya.