Ahad, 2 Ogos 2009





Nama-nama terindah...untuk bakal anak-anak biskita...

Lelaki
AZIM MUIZ'ZUDDIN- Yang Bercita-cita/Yang Memuliakan Agama
FARID MU'AZZAM-Yang Tunggal/Yang Istemewa,Yang Dimuliakan

Perempuan
ZULFA YASIRAH-Darjat/Kedudukkan,Yang Senang/Yang Mudah
ULFAH HAYATI-Persahabatan/Ramah Tamah,Kehidupanku



BAGAIMANA ISTERI MENJADI DURHAKA KEPADA SUAMI?


Isteri wajib menanamkan jiwa tauhid kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. serta mengerjakan sembahyang lima waktu dengan taat dan berpuasa di bulan Ramadhan,mereka juga wajib memelihara diri mereka supaya jangan menjadi durhaka kepada suami.jika seeorang isteri itu telah mendurhakai suaminya,bererti ia telah melakukan dosa.

Salah satu daripada durhaka seorang isteri kepada suaminya ialah sikap isteri menegah kesukaan suami terhadapnya di mana kesukaan tersebut tidak melanggar batas-batas syariat.
Kesukaan tersebut boleh jadi kesukaan suami menjamah bahagian anggota isteri atau sebagainya.Apabila isteri menegahnya tanpa sebab yang munasabah,maka isteri telah durhaka terhadap suaminya.

Sebahagian ulama menyebut terdapat 10 perkara yang boleh menyebabkan isteri menjadi durhaka terhadap suaminya:

1.Apabila di panggil suaminya ia tidak datang.
2.Membantah suruhan suaminya(yang tidak melanggar batas-batas syariat).
3.Bermasam muka teradap suami.
4.Jahat mulaut(perkataan) terhadap suaminya.
5.Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuan suami.
6.Keluar rumah tanpa izin suami.
7.Berhias ketika suami tiada di sampingnya.
8.Menghina pengorbanan(pemberian)suami.
9.Membenarkan masuk orang yang tidak diizinkan suaminya kerumah.
10.Tidak mahu menerima tunjuk ajar dari suami.



MEMAKAI MINYAK WANGI OLEH WANITA UNTUK MENUJU MASJID


MAKSUD hadith:
''Nabi SAW melarang wanita memakai minyak wangi untuk pergi ke masjid.''

Jika melakukannya,tidaklah diterima solatnya hingga ia mandi janabah.Minyak Wangi ini mengundang fitnah.Para Wanita keluar menuju masjid di zaman itu untuk menunaikkan solat fardhu.Mereka dilarang memakai minyak wangi supaya tidak tercium baunya sehingga timbul fitnah.JIka ia melakukannya,maka disuruh mandi seperti mandi janabah sampai hilang bau wanginya.





Wanita berhak dalam menuntut ilmu

Didalam sebuah hadis,Rasulullah s.a.w.bersabda,

''Menuntut ilmu itu fardu atas tiap-tiap orang islam lelaki (dan wanita).''Riwayat Al-Baihaqi)
Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata,

''Ya Rasulullah,telah ramai kaum lelaki datang belajar kepadamu untuk menerima pelajaran.Untuk itu sudilah kiranya engkau mengajarkan kepada kami (kaum wanita) pada satu pengajaran yang telah Allah berikan kepadamu.''

Rasulullah s.a.w. menjawab,
''Hendaklah kamu semua berkumpul di hari ini dan di tempat ini.''Maka berkumpullah kaum wanita,lalu Rasulullah s.a.w. datang mengajar mereka.(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Melihat kedua-dua hadis di atas,telah cukup jelaslah bahawa wanita Islam juga berhak menerima pelajaran dan pendidikkan,yang menitik beratkan soal keimanan dan takwa kepada Allah s.w.t.Seorang cerdik pandai Islam pernah berkata,

''Jika kamu ingin mempunyai lelaki yang menjadi pemimpin ,menjadi pahlawan,hendaklah kamu mendidik dan mengajar ilmu pengetahuan kepada kaum wanita''.


Pendidikkan bagi kaum wanita adalah amat penting kerana pendidikkan kepada mereka itu mengakibatkan masyarakat seluruhnya akan menjadi baik dan selamat.



Islamic Calendar

selamat datang ke blog saya

Terima Kasih Dan Selamat Datang ke Laman Web Pentaspersandingan.blogspot.com.Jika sekiranya awda berminat .... hubungi atau msg di +6738651529 (hjh Suraya).Banyak lagi pakaian pengantin,pelaminan, aksesoris pakaian Brunei, make-up pengantin d kedai kami di daerah belait....harga penyewaan cukup terendah untuk anda .... Butik mempelai kami, berada di daerah Belait..Negara Brunei Darussalam.

Terima Kasih


06/05/2009

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign