MENJAGA RAHSIA UNTUK KEBAIKKAN
Dalam perjalanan mengharungi hidup berumahtangga,tentu terjadi hal-hal yang negatif antara suami isteri.Muncul ketidakpuasan,celaan,umpatan,dan perilaku buruk lain yang tidak terkendali.Semua itu adalah rahsia yang tidak selayaknya didengar dan di ketahui oleh sesiapapun,kecuali suami isteri.Seharusnya diselesaikan dengan fikiran jernih dan sikap bijak,serta rahsia tersebutbenar-benar di jaga.Apabila pasangan suami isteri gagal menyelesaikan masalahnya,maka tidak dilarang meminta orang lain ikut menyelesaikannya dengan sedikit menceritakan rahsia, terbatas hal-hal yang mungkin.Atau menyampaikannya kepada seseorang yang dapat dipercayai serta memahami masalah dan dapat menjaga rahsia untuk ikutserta menyelesaikannya.Selain kepada orang yang dapat memegang rahsia,sama sekali tidak dibenarkan meminta penyelesaian.Sebab hal itu hanya akan membuat parahnya luka hati dan mengoyak tirai rumahtangga.
Islam tidak membenarkan seseorang bertanya kepada orang lain hingga mengapa dia memukul isterinya,atau rahsia rumahtangga yang lain.Umar memberikan keterangan,bahawa Rasulullah telah bersabda:
''Janganlah seseorang menanyakan tentang kenapa hingga orang lain memukul isterinya.''(HR>Abu Daud dan Ibnu Majah dari Umar)
Disisi lain Rasulullah juga telah mengingatkan; ''Barangsiapa menjaga rahsia orang lain di dunia ini,maka Allah akan menutupi rahsia dirinya pada hari kiamat nanti.''(HR.Muslim)